Monday, 3 September 2012

Raya 2012 Part 2 ^_^

Assalammualaikum... ^_^

Post entry kali ni sambungan post entry Raya 2012 Part 1..
Alaa nak sambung2 pun sebab panjang ceritanya,sebab Lyla raya banyak tempat tahun ni..ikut la kalau korang sudi nak baca ke tak..hmm (harap sudi ye,kalau tak sudi tu buat2 la sudi) :p

Masa raya kat kampung haritu,lyla happy sangat dapat jumpa bapak lyla yang lyla sayanngg sangat2..rindu gila kat bapak,yelahh dah 2 tahun tak jumpa bapak..maklum la KL ngn Sarawak bukan dekat pun..huhu
ni bapak lyla,dah berumur dah..yg sebelah ni mak tiri lyla..tu pasal takde rupa lyla pun..hehe

 
ni gambar keluarga yang agak kucar-kacir sikit..ngeee..mana tak nya
tengah rushing gila time ni..rambut pun tak sempat nak sikat..kui3
ni twin kita..hee anak buah kita lerr..comel kan :*
anak buah maksu memang comel2
 


 Ada juga adik-beradik lyla takde dalam gambar tu..masing-masing kerja,so cuti tak sama la tiap2 tahun..hmmm..kalau diperhatikan betul2,mata lyla sorang je yang sepet melampau..tu pasal pakai contect lense saiz besar..kalau tak,senyum sikit je biji mata tu confirm tak nampak..lagi2 kalau bangun pagi,mata dah macam orang lepas nangis pun ada..dalam gambar kat atas tu,masing2 bawak anak sendiri..tetiba aku sorang je yang single..kui3


lepas seminggu raya kt Sarawak,balik KL kita tak raya KL terus..kita terus raya kek Soromban..hee rumah buah hati laa,siapa lagi kan..dah 2 kali raya kt rumah dia..lagi pun raya kat rumah dia memang best..family dia sangat2 sporting..seolah-olah faham yg Lyla ni seorang perantau :D saaayyyannggg mereka :* yang best nya,sampai2 rumah je mama dia dah masak makaroni kari dia..perghhh lama betul mengidam makaroni mama dia..raya baru dapat makan..terima kasih mama

Hari pertama ikut BF lyla beraya ngn kawan2 dia kat rumah cikgu dorang..lepas tu beraya kat Port Dickson lak rumah kak Atin,kawan BF lyla..kt rumah kak Atin best,rumah dia ada banyak ikan..ada piano lak tu..sempat la lyla ngn BF lyla berduet pulak kat situ,sementara kak Atin main piano..kahkahkah lawak lak bila teringat balik.




kalau raya kat PD tak sah kalau tak ambil gambar kat pantai tu..malam pun malam la,janji pasir tu nampak..hahaha..tengah tangkap gambar tu,ternampak orang foreigner sembahyang kat tepi pantai tu..ingat nak tangkap gambar dorang,pastu fikir2 balik emm tak payah la..kacau dorang sembahyang pulak..yela jarang nampak orang sembahyang kat tepi pantai..so pengajarannya,tiada alasan untuk tidak sembahyang OK (Y)


Keesokan nya pulak beraya kat Melaka..beraya kat rumah saudara BF lyla..banyak juga la rumah saudara dia kat sana..cuaca kat sana sama je panas nya macam panas kat sarawak..maklum la dekat dengan laut kan..panas dia memang terasa bahang sikit..


 
Ni keluarga BF lyla,mama dia,adik & abang dia je..ada dua orang adik-beradik lagi tak ikut..adik lelaki dia dah balik Politeknik Johor,kakak dia pulak beraya ikut suami dia..hmm lyla suka tengok  dorang..happening sangat..Terima kasih sebab sudi ajak lyla beraya sekali..lyla hargai sangat2..
 
Emm ok lah,mata pun dah ngantuk pulak..kita stop kat sini je ok..bye bye
 
 
 
 Adehhh sempat lagi post gambar..hahaha bwekkk :p

No comments:

Post a Comment