Friday, 14 September 2012

Jangan terlalu mudah percayakan kawan

Hye Assalammuakum..

Entry kali ni memang hangin sikit..bukan sikit,banyak kot..huhh!!
Hari selasa lepas tepat jam 6 petang di ioi Mall puchong,Blackberry Torch aku kena curi -..-
kena curi dengan siapa?? Of couse kawan t**i anjing aku sendiri yang curi (marah lagi ni)


Yang lagi tak boleh blah nye,abang dengan kakak dia pun turut bersekongkol curi BB aku..ada ke patut adik-beradik penjenayah -_- tak patut tak patut

Cerita dia macam ni..mula2 si Z tu call ajak lepak..lyla malas la nak kua time tu,so lyla cakap la lyla kat puchong..memang kt puchong pun time tu..ingatkan bila cakap kat puchong dia tak sanggup nak datang..tak lama pastu dia msg dia kata dah sampai puchong da dengan kakak ngan abang dia..nak tak nak terpaksa la keluar juga walaupun hati time tu nak tak nak keluar..sebab naluri hati dah boleh agak sesuatu akan berlaku..lyla pun dah boleh bau yang si Z ni mesti nak pinjam duit,sebab dah masak sangat dengan dia kalau dah sanggup datang dari jauh..tak mungkin laa setakat lepak2 je kot..sebelum ni tak pernah2 ajak lepak ke apa..

kitorang lepak kat ioi mall je..abang ngan kakak dia nak beli barang sikit katanya kat tempat lain,lyla dengan Z ni pergi kat foodcourt jusco situ..tak sampai setengah jam,abang dia call..dia pinjam la credit lyla jap,katanya nak g jumpa abang dia kejap..lyla pun bagi la,tak kan nak kedekut pulak kan..dia bawak la bb lyla tu sekali pergi uumpa abang dia,kata dia sekejap je..so dia suruh la lyla tnggu kat situ je..kejap lagi dia datang balik..lyla tunggu situ sejam lebih kot dia tak datang2 juga..last lyla dah rasa lain macam..berpusing2 lyla cari public phone kat situ tak jumpa2 pun..simbol public phone ada,tapi public phone tak ada...lyla jumpa satu je public kat situ,tu pun rosak tak boleh guna..hampehh mall kemain besar,public phone pun tak boleh pakai.

cari punya cari tak jumpa2 juga,last lyla terjumpa mamat ni kat depan toilet..lyla mintak tolong dia pinjam phone kejap(sebab terdesak) lyla try call nombor lyla berkali2 tapi tak dapat2,ya Allah menitis terus airmata ni sebak bila dapat tahu lyla dah lama kena tinggal sorang2 kat mall tu..lagi2 dengan kawan sendiri yg lyla percaya sangat..yelah,dulu susah senang sama2..tak sangka dia sanggup buat kawan dia sendiri camni.

Lyla ingat satu nombor je masa tu..nombor bf lyla (tipu la kalau tak ingat nombor bf) lyla call dia,sambil menangis teresak-esak..then suruh dia call kakak untuk jemput lyla kat situ..nasib baik budak yang tolong pinjamkan phone tu dia faham..dia bagi je lyla call siapa2..

sampai je rumah terus buka facebook tanya kawan2,siapa2 yang ada nombor phone si Z tu..lyla try call nombor dia tak dapat juga..hati panas gila time tu,nak je face to face dengan dia pastu kasi tampar banyak2 grrrrr geram..lyla mintak tolong adik biras dia pulak,nasib baik dia tolong bagi nombor phone kakak dia..lyla terus call..bila dengar nama lyla je terus cakap salah nombor..what the f*** -_____-

tak lama pastu abang dia msg suruh call back..lyla call,dia merayu2 mintak maaf sebab terdesak sangat nak pakai duit..dia merayu supaya jangan buat apa2 tindakan kat dorang..perghhh 1st time aku tengok pencuri merayu lepas mencuri..kalau terdesak sangat pun,jangan la sampai mencuri..lagi2 mencuri barang kawan sendiri..kau dah tahu terdesak nak pakai duit,siapa suruh kau tak kerja..bila kerja kau malas,kerja kau makan gaji buta je..pastu mencuri..pergi neraka lah kau!! kau mintak aku kesian kat kau,tapi kau tak kesian pulak kat aku?? kau tinggal aku sorang2 kat mall..kalau apa2 jadi kat aku,kau nak bertanggungjawab??

Dia ni lah lelaki paling dayus yang pernah aku kenal..patut la sampai sekarang kau tak ada awek..dah la muka macam pecah rumah,perangai pun macam setan..(sorry terlebih pulak) aku menyesal gila kenal kau ohh..

So pengajarannya jangan terlalu percaya dengan kawan-kawan anda,walaupun anda pernah kongsi suka duka bersama..kerana mereka bagai musuh dalam selimut..musuh yang paling merbahaya..kecuali mereka yang anda sudah gelar sahabat,haa yang tu takpa..

Sampai sekarang ni lyla fobia,semua barang berharga sembunyi dalam bilik..bila orang tanya je pasal BB lyla cepat melenting,naik angin tiba2..sebab marah sangat..perasaan marah lagi tinggi darpada sedih..lagi teruk,bukan lyla sorang je yang kena..phone dengan Tab kawan sama kerja kitorang dulu pun sama juga kena curi dengan dia,pastu kena tinggal sorang2 kat subang..memang tak selamat la hidup kau lepas ni.


P/S : aku tak akan berhati lembut lagi lepas ni

Monday, 3 September 2012

Raya 2012 Part 2 ^_^

Assalammualaikum... ^_^

Post entry kali ni sambungan post entry Raya 2012 Part 1..
Alaa nak sambung2 pun sebab panjang ceritanya,sebab Lyla raya banyak tempat tahun ni..ikut la kalau korang sudi nak baca ke tak..hmm (harap sudi ye,kalau tak sudi tu buat2 la sudi) :p

Masa raya kat kampung haritu,lyla happy sangat dapat jumpa bapak lyla yang lyla sayanngg sangat2..rindu gila kat bapak,yelahh dah 2 tahun tak jumpa bapak..maklum la KL ngn Sarawak bukan dekat pun..huhu
ni bapak lyla,dah berumur dah..yg sebelah ni mak tiri lyla..tu pasal takde rupa lyla pun..hehe

 
ni gambar keluarga yang agak kucar-kacir sikit..ngeee..mana tak nya
tengah rushing gila time ni..rambut pun tak sempat nak sikat..kui3
ni twin kita..hee anak buah kita lerr..comel kan :*
anak buah maksu memang comel2
 


 Ada juga adik-beradik lyla takde dalam gambar tu..masing-masing kerja,so cuti tak sama la tiap2 tahun..hmmm..kalau diperhatikan betul2,mata lyla sorang je yang sepet melampau..tu pasal pakai contect lense saiz besar..kalau tak,senyum sikit je biji mata tu confirm tak nampak..lagi2 kalau bangun pagi,mata dah macam orang lepas nangis pun ada..dalam gambar kat atas tu,masing2 bawak anak sendiri..tetiba aku sorang je yang single..kui3


lepas seminggu raya kt Sarawak,balik KL kita tak raya KL terus..kita terus raya kek Soromban..hee rumah buah hati laa,siapa lagi kan..dah 2 kali raya kt rumah dia..lagi pun raya kat rumah dia memang best..family dia sangat2 sporting..seolah-olah faham yg Lyla ni seorang perantau :D saaayyyannggg mereka :* yang best nya,sampai2 rumah je mama dia dah masak makaroni kari dia..perghhh lama betul mengidam makaroni mama dia..raya baru dapat makan..terima kasih mama

Hari pertama ikut BF lyla beraya ngn kawan2 dia kat rumah cikgu dorang..lepas tu beraya kat Port Dickson lak rumah kak Atin,kawan BF lyla..kt rumah kak Atin best,rumah dia ada banyak ikan..ada piano lak tu..sempat la lyla ngn BF lyla berduet pulak kat situ,sementara kak Atin main piano..kahkahkah lawak lak bila teringat balik.




kalau raya kat PD tak sah kalau tak ambil gambar kat pantai tu..malam pun malam la,janji pasir tu nampak..hahaha..tengah tangkap gambar tu,ternampak orang foreigner sembahyang kat tepi pantai tu..ingat nak tangkap gambar dorang,pastu fikir2 balik emm tak payah la..kacau dorang sembahyang pulak..yela jarang nampak orang sembahyang kat tepi pantai..so pengajarannya,tiada alasan untuk tidak sembahyang OK (Y)


Keesokan nya pulak beraya kat Melaka..beraya kat rumah saudara BF lyla..banyak juga la rumah saudara dia kat sana..cuaca kat sana sama je panas nya macam panas kat sarawak..maklum la dekat dengan laut kan..panas dia memang terasa bahang sikit..


 
Ni keluarga BF lyla,mama dia,adik & abang dia je..ada dua orang adik-beradik lagi tak ikut..adik lelaki dia dah balik Politeknik Johor,kakak dia pulak beraya ikut suami dia..hmm lyla suka tengok  dorang..happening sangat..Terima kasih sebab sudi ajak lyla beraya sekali..lyla hargai sangat2..
 
Emm ok lah,mata pun dah ngantuk pulak..kita stop kat sini je ok..bye bye
 
 
 
 Adehhh sempat lagi post gambar..hahaha bwekkk :p