Friday, 14 September 2012

Jangan terlalu mudah percayakan kawan

Hye Assalammuakum..

Entry kali ni memang hangin sikit..bukan sikit,banyak kot..huhh!!
Hari selasa lepas tepat jam 6 petang di ioi Mall puchong,Blackberry Torch aku kena curi -..-
kena curi dengan siapa?? Of couse kawan t**i anjing aku sendiri yang curi (marah lagi ni)


Yang lagi tak boleh blah nye,abang dengan kakak dia pun turut bersekongkol curi BB aku..ada ke patut adik-beradik penjenayah -_- tak patut tak patut

Cerita dia macam ni..mula2 si Z tu call ajak lepak..lyla malas la nak kua time tu,so lyla cakap la lyla kat puchong..memang kt puchong pun time tu..ingatkan bila cakap kat puchong dia tak sanggup nak datang..tak lama pastu dia msg dia kata dah sampai puchong da dengan kakak ngan abang dia..nak tak nak terpaksa la keluar juga walaupun hati time tu nak tak nak keluar..sebab naluri hati dah boleh agak sesuatu akan berlaku..lyla pun dah boleh bau yang si Z ni mesti nak pinjam duit,sebab dah masak sangat dengan dia kalau dah sanggup datang dari jauh..tak mungkin laa setakat lepak2 je kot..sebelum ni tak pernah2 ajak lepak ke apa..

kitorang lepak kat ioi mall je..abang ngan kakak dia nak beli barang sikit katanya kat tempat lain,lyla dengan Z ni pergi kat foodcourt jusco situ..tak sampai setengah jam,abang dia call..dia pinjam la credit lyla jap,katanya nak g jumpa abang dia kejap..lyla pun bagi la,tak kan nak kedekut pulak kan..dia bawak la bb lyla tu sekali pergi uumpa abang dia,kata dia sekejap je..so dia suruh la lyla tnggu kat situ je..kejap lagi dia datang balik..lyla tunggu situ sejam lebih kot dia tak datang2 juga..last lyla dah rasa lain macam..berpusing2 lyla cari public phone kat situ tak jumpa2 pun..simbol public phone ada,tapi public phone tak ada...lyla jumpa satu je public kat situ,tu pun rosak tak boleh guna..hampehh mall kemain besar,public phone pun tak boleh pakai.

cari punya cari tak jumpa2 juga,last lyla terjumpa mamat ni kat depan toilet..lyla mintak tolong dia pinjam phone kejap(sebab terdesak) lyla try call nombor lyla berkali2 tapi tak dapat2,ya Allah menitis terus airmata ni sebak bila dapat tahu lyla dah lama kena tinggal sorang2 kat mall tu..lagi2 dengan kawan sendiri yg lyla percaya sangat..yelah,dulu susah senang sama2..tak sangka dia sanggup buat kawan dia sendiri camni.

Lyla ingat satu nombor je masa tu..nombor bf lyla (tipu la kalau tak ingat nombor bf) lyla call dia,sambil menangis teresak-esak..then suruh dia call kakak untuk jemput lyla kat situ..nasib baik budak yang tolong pinjamkan phone tu dia faham..dia bagi je lyla call siapa2..

sampai je rumah terus buka facebook tanya kawan2,siapa2 yang ada nombor phone si Z tu..lyla try call nombor dia tak dapat juga..hati panas gila time tu,nak je face to face dengan dia pastu kasi tampar banyak2 grrrrr geram..lyla mintak tolong adik biras dia pulak,nasib baik dia tolong bagi nombor phone kakak dia..lyla terus call..bila dengar nama lyla je terus cakap salah nombor..what the f*** -_____-

tak lama pastu abang dia msg suruh call back..lyla call,dia merayu2 mintak maaf sebab terdesak sangat nak pakai duit..dia merayu supaya jangan buat apa2 tindakan kat dorang..perghhh 1st time aku tengok pencuri merayu lepas mencuri..kalau terdesak sangat pun,jangan la sampai mencuri..lagi2 mencuri barang kawan sendiri..kau dah tahu terdesak nak pakai duit,siapa suruh kau tak kerja..bila kerja kau malas,kerja kau makan gaji buta je..pastu mencuri..pergi neraka lah kau!! kau mintak aku kesian kat kau,tapi kau tak kesian pulak kat aku?? kau tinggal aku sorang2 kat mall..kalau apa2 jadi kat aku,kau nak bertanggungjawab??

Dia ni lah lelaki paling dayus yang pernah aku kenal..patut la sampai sekarang kau tak ada awek..dah la muka macam pecah rumah,perangai pun macam setan..(sorry terlebih pulak) aku menyesal gila kenal kau ohh..

So pengajarannya jangan terlalu percaya dengan kawan-kawan anda,walaupun anda pernah kongsi suka duka bersama..kerana mereka bagai musuh dalam selimut..musuh yang paling merbahaya..kecuali mereka yang anda sudah gelar sahabat,haa yang tu takpa..

Sampai sekarang ni lyla fobia,semua barang berharga sembunyi dalam bilik..bila orang tanya je pasal BB lyla cepat melenting,naik angin tiba2..sebab marah sangat..perasaan marah lagi tinggi darpada sedih..lagi teruk,bukan lyla sorang je yang kena..phone dengan Tab kawan sama kerja kitorang dulu pun sama juga kena curi dengan dia,pastu kena tinggal sorang2 kat subang..memang tak selamat la hidup kau lepas ni.


P/S : aku tak akan berhati lembut lagi lepas ni

Monday, 3 September 2012

Raya 2012 Part 2 ^_^

Assalammualaikum... ^_^

Post entry kali ni sambungan post entry Raya 2012 Part 1..
Alaa nak sambung2 pun sebab panjang ceritanya,sebab Lyla raya banyak tempat tahun ni..ikut la kalau korang sudi nak baca ke tak..hmm (harap sudi ye,kalau tak sudi tu buat2 la sudi) :p

Masa raya kat kampung haritu,lyla happy sangat dapat jumpa bapak lyla yang lyla sayanngg sangat2..rindu gila kat bapak,yelahh dah 2 tahun tak jumpa bapak..maklum la KL ngn Sarawak bukan dekat pun..huhu
ni bapak lyla,dah berumur dah..yg sebelah ni mak tiri lyla..tu pasal takde rupa lyla pun..hehe

 
ni gambar keluarga yang agak kucar-kacir sikit..ngeee..mana tak nya
tengah rushing gila time ni..rambut pun tak sempat nak sikat..kui3
ni twin kita..hee anak buah kita lerr..comel kan :*
anak buah maksu memang comel2
 


 Ada juga adik-beradik lyla takde dalam gambar tu..masing-masing kerja,so cuti tak sama la tiap2 tahun..hmmm..kalau diperhatikan betul2,mata lyla sorang je yang sepet melampau..tu pasal pakai contect lense saiz besar..kalau tak,senyum sikit je biji mata tu confirm tak nampak..lagi2 kalau bangun pagi,mata dah macam orang lepas nangis pun ada..dalam gambar kat atas tu,masing2 bawak anak sendiri..tetiba aku sorang je yang single..kui3


lepas seminggu raya kt Sarawak,balik KL kita tak raya KL terus..kita terus raya kek Soromban..hee rumah buah hati laa,siapa lagi kan..dah 2 kali raya kt rumah dia..lagi pun raya kat rumah dia memang best..family dia sangat2 sporting..seolah-olah faham yg Lyla ni seorang perantau :D saaayyyannggg mereka :* yang best nya,sampai2 rumah je mama dia dah masak makaroni kari dia..perghhh lama betul mengidam makaroni mama dia..raya baru dapat makan..terima kasih mama

Hari pertama ikut BF lyla beraya ngn kawan2 dia kat rumah cikgu dorang..lepas tu beraya kat Port Dickson lak rumah kak Atin,kawan BF lyla..kt rumah kak Atin best,rumah dia ada banyak ikan..ada piano lak tu..sempat la lyla ngn BF lyla berduet pulak kat situ,sementara kak Atin main piano..kahkahkah lawak lak bila teringat balik.




kalau raya kat PD tak sah kalau tak ambil gambar kat pantai tu..malam pun malam la,janji pasir tu nampak..hahaha..tengah tangkap gambar tu,ternampak orang foreigner sembahyang kat tepi pantai tu..ingat nak tangkap gambar dorang,pastu fikir2 balik emm tak payah la..kacau dorang sembahyang pulak..yela jarang nampak orang sembahyang kat tepi pantai..so pengajarannya,tiada alasan untuk tidak sembahyang OK (Y)


Keesokan nya pulak beraya kat Melaka..beraya kat rumah saudara BF lyla..banyak juga la rumah saudara dia kat sana..cuaca kat sana sama je panas nya macam panas kat sarawak..maklum la dekat dengan laut kan..panas dia memang terasa bahang sikit..


 
Ni keluarga BF lyla,mama dia,adik & abang dia je..ada dua orang adik-beradik lagi tak ikut..adik lelaki dia dah balik Politeknik Johor,kakak dia pulak beraya ikut suami dia..hmm lyla suka tengok  dorang..happening sangat..Terima kasih sebab sudi ajak lyla beraya sekali..lyla hargai sangat2..
 
Emm ok lah,mata pun dah ngantuk pulak..kita stop kat sini je ok..bye bye
 
 
 
 Adehhh sempat lagi post gambar..hahaha bwekkk :p

Wednesday, 29 August 2012

Raya 2012 - Part 1

Hye all.. rasanya belum lambat kan nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin :D

Lyla nak kongsi sikit tentang raya tahun ni..iaitu kt hometown kita Kuching Sarawak ..
ye kita memang Sarawakian,orang Kuching .. tu pasal mata macam kucing :p Meoowww!

Suasana raya kt sana memang meriah sakan..berbeza sangat dari semenanjung nye raya..Lyla xboleh cakap kt mana lagi best,semua ada pendapat masing-masing kan..huhu ..ok Lyla mulakan coretan ni dari awal dulu k :)

Tiket flight jam 3.30ptg 18 ogos 2012.. sepatut kena tiba kt LCCT 2 jam sebelum untuk pendaftaran masuk,tapi Lyla sampai sana jam 2 ptg..nyaris lagi xboleh daftar masuk .. yelah,sebelum tu sempat lagi shopping kt Masjid Jamek..hohoho..padan ngn muka aku
Sampai sana ingatkan balik sorang2,rupa2 nya abg ipar kita pun sama flight ngn kita..cuma x sama tempat duduk je..haihh masa tu hati punya la excited nak sampai cepat kt kuching..tapi si boyfie kita ni sedih memanjang je takut kita xbalik KL lagi..hahaha ngok nye b

  ni la kawan Lyla yg baik hati tolong jemput lyla kt Kuching Lyla panggil dia Apiq je..Thanx Apiq :D

Dia ni la,Lyla sampai sana je dia kata Lyla buat surgery..sebab muka dah lain katanya..choii hahaha, ingat Lyla ni artis kowean ke :p
Tapi paling Lyla suka kawan2 semua cakap Lyla makin kurus..yeayy! yeayy! x sia- sia aku puasa sebulan..lalalala

cerita pasal raya lak,semua orang tahu kat sarawak popular dengan kek lapis dia..tiap-tiap tahun Lyla  memang akan buat kek lapis sendiri,tapi tahun ni malas sikit nak buat..main tunjuk2 je dah cukup..hoho..dan lagi 1 kalau korang nak tahu,orang sarawak kalau raya hidang air gas a.k.a soft drink..haaa kalau korang bukan jenis minum air gas,cakap je kt dorang..nanti dorang hidangkan air sirap..kalau kt semenanjung,memang dah kenal label pemalas..hohoho

kalau hari raya,lelaki kat semenanjung hari raya pertama je pakai baju melayu kan..tapi lelaki kt sarawak lain,selagi masih raya,selagi tu la dorang pakai baju melayu + songkok..tu baru dinamakan raya sakan..handsome apa lelaki pakai baju melayu + songkok..bukan apa,kat sarawak kan ada banyak agama lain2..so siapa yang x pakai baju melayu time raya,memang kena cop sambut krismas..hahaha sanggup kena bahan camtu??

Malam raya,lyla paling suka kt perumahan rumah lyla..sebabnya orang kat sana mesti bakar duit a.k.a main mercun dan bunga api tanpa henti lebih dr 30 minit..sampai sakit la leher korang asyik mendongak ke atas je..betul x tipu..silap hari bulan boleh patah tengkuk..hahaha

Kat kuching automatik je Lyla jadi minah rempit..hahahaha sebab kat sana banyak orang pakai motosikal je..konvoi pakai moto lagi best what daripada pakai kereta..teringat pulak dengan zaman sekolah dulu..huhu..g pun kitowang beraya x pakai helmet pun..polis nampak pun dia tengok sebelah mata je..haha mampu x??

Kalau siang hari cuaca kat sana memang panas,maklum la dekat dengan laut..tapi kenapa orang sarawak banyak putih2 kalau kat sana panas?? haaa nak tahu?? sebab kalau siang hari,1 manusia pun korang ssh nk nmpak keluar berjalan..semua duduk kt rumah je..malam baru keluar..ada pun keluar siang,xramai pun..hahaha aneh kan

Kat sarawak Lyla beraya ngn sorang minah rempit ngn sorang mat rempit,iaitu kawan zaman sekolah lyla..hehehe kalau jumpa dorang ni memang xboleh duduk diam,asyik memekak je..rindu korang laa

si cantik ni la minah rempit Lyla..hehe.nama dia Siti sulyamah..
panggil je dia ctkus :)) <3 u ct
 
si handsome ni pulak mat rempit Lyla..nama baku dia Rosli.
nama top dia Owly,Lyla panggil dia kerak je..lalalala
 
Actually ada banyak lagi bestie lyla,cuma xsempat nak begambar dengan dorang..Miedah & Fazie,sory deng..kmk syg ktk juak emmwahh!! raya tahun ni dengan dorang memang best,sampai sekarang Lyla masih rindukan dorang..betul la apa orang cakap,sebanyak mana pun kawan..kawan zaman sekolah juga yg paling best,yang paling menerima kita seadanya..love u sahabat :)
 
Sehari sebelum nak balik KL balik,hati time tu rasa nak nangis je..berat gila hati nak tinggalkan kuching..huhu..pagi tu sempat la beli kek lapis sarawak dan baju2 untuk buah tangan orang KL..
Hanya si kerak je yang baik hati sangat temankan Lyla hari tu,walaupun dah 1 malam dia x tidur..pastu dia juga yg tolong temankan hantar lyla ke Airport kuching..kesian dia sampai tetidur..btw thanks banyak2 kerak..huhu
 
Masa nak balik tu,takde sape pun yg dapat hantar..cari punya cari dapat juga..kalau takde dorang ni,xbalik KL la aku..sedih pulak org tercinta tu nanti..hoho..dah tu duit time tu ada RM10 je..hmm nasib baik baki RM20 dalam bank dapat ambil..hohoho gila la dugaan.
 
 
  haaa ya sebelah kiri tu Arif,sebelah kanan ni pulak Syuk..dorang ni la yang baik hati tolong hantarkan Lyla ke Airport...Chopp! Chopp! Asal mata sepet macam cina tapi nama melayu?? haaa jangan hairan ye,ni la muka sarawakian..kalau datang KL ni,memang kena cakap cina...hahaha
Thanks Arif & Thanks Syuk :)

Kali ni pun lambat 1 jam nak daftar masuk..ingatkan dah kena tinggal dengan kapal terbang..tengok xde orang beratur g dah..rupa2 nya orang x beratur g pun sebab flight delay..pfffttt
sampai KL jam 5.30 ptg,kesian boyfriend sy ni..sejam lebih dia tunggu sampai tetidur2 dia kt situ..huhu..ingatkan nak balik rumah kat KL dulu hantar barang baru berangkat pergi seremban rumah si boyfie..nak raya kat rumah dia pulak..tapi baru masuk lebuhraya KL dah sesat acano?? berapa banyak kali U-turn daaa..last2 x jadi balik rumah,balik seremban je terus..

Si boyfie kata muka lyla dah gelap,perut pun dah makin buncit..woOooo ayat yang buat aku rasa nak menjerit..nasib baik dia pandai ambil hati hati balik,dia kata kita makin comel..alalalalala

Ok laa,sampai sini je..kita sambung Part 2 pulak..hehehe hebat kau jahh siap ada part 1 2 bagai :p
#sukati aku la,Blog aku lalalala KIDDING :D

Tuesday, 17 July 2012

puasa belum,semangat raya lebih-lebih

selamat pagi semua

mesti semua dah tahu kan tinggal berapa hari lagi nak puasa..
tapi kebanyakan orang lebih banyak menyebut pasal raya..ingat tau,hari raya untuk orang puasa je..
orang tak puasa tak layak sambut hari raya (bapak saya yg cakap) kehkehkeh -_-'

tapi lyla tak macam tu ok,lyla rajin puasa
sambil puasa sambil diet..kan diet di bulan puasa diet yang sihat,dapat pahala pulak tu..haaa
tapi niat kena betul,puasa kerana Allah :))
untuk adik2 yg selalu ingat duit raya tu..INGAT tak puasa penuh tak dapat DUIT RAYA
paham ye murid-murid :p

haa..cakap pasal raya ni kan,korang dah beli baju kurung?? tempah jahit??
mesti kebanyakan sudah kan,macam lyla ni ha..baru je hantar kain kt tukang jahit minggu lepas..ngee
entah sempat siap ke tak,eden tak tau............

lyla ni dari dulu memang minat kain cotton,yelah sedap dipakai..sejuk pulak tu
sekarang kan famous dengan English Cotton,wwwuuuuu cair aku nengok nya..sumpah cantik ++ comel *.*
ni ha dia english cotton..series cantik
tapi kan,hari tu pergi la kt pekan masjid jamek dengan kakak & abang..lyla mintak teman beli kain ni
sampai2 kat kedai tu je,akak terus sound "eeee apa ni kain macam orang tua,apa punya test lah kau ni" 
abg pun gelak2 sambil cakap "asal kain yang kau beli ni makan kain sarung bantal "   
 =___="  yang ni lagi kejam ayat dia,sabar jelahh..orang duduk kampung mana tahu..KAHKAHKAH
#lagi kejam ayat aku :p

lyla pun dengan selamber je jawab "korang apa tahu,tunggu lah dah siap nanti..jangan nak pinjam baju aku" (abg pun pakai baju kurung ke :p)

apa-apa pun lyla tetap beli jugak baju tu sebab memang dah minat..,lyla hiraukan segala kata cacian yg diberikan membuat diriku rasa kosong kosong kosong..lalalalalala

keesokannya lyla hantar la kt member kakak yg lagi sorang (jangan salah faham ye,kita ada 2 kakak)
haaa..yg ni lyla suka,tukang jahit tu cakap kain lyla cantik..lalalalala sukenya sukenyaaa *.*
tukang jahit kita bukan perempuan tau,dia lelaki..hebat kan..apa-apa pun kita tunggu baju tu siap nanti :DD

wahai kakak & abangku jangan jelous kalau baju kita cantik :p

okay,mata kita dah berat bagai ada Tarzan tergantung kat bulu mata ni haa..berat juga Tarzan ni kan..ekekeke..ok selamat malam dan selamat pagi dunia..Assalammualaikum

Sunday, 1 July 2012

hye all :)
lama gila x update blog..yela start keje ni,xsempat nak mengadap blog..huhu
macam2 yg lyla lalui sepanjang tempoh tu..tapi x sempat nk update kt blog,busy nye pasal..
ni pun sengaja curi masa sikit untuk update apa yg terbuku kt hati ni..dipendam memang sakit gila

Ok,
Disini,pagi ini lyla ingin luahkan apa yg lyla dah lama ingin luahkan..rasanya xlama pun kot,
saje buat2 gempak sikit..:p
27 jun lepas ialah hari anniversary lyla dgn sidia yg ke-2 tahun..tapi di hari tu jgk la kitowg tamatkan hubungan kitowang yg dah lama terjalin..kalau di ikutkan hati memang berat nak lepaskan dia..sebab sayang yg terlampau syg kt dia..tapi perasaan marah tetap mengawal emosi..apa yg tak patut berlaku,tetap juga berlaku..yg meretak kan hubungan ni adalah sebab jiwa muda yg masih ada pada diri masing2..

lyla marah bukan kerana cemburu buta..tapi lyla marah,kenapa dia macam tu..
bukan lyla xpercaya dia..tapi lyla xsangka dia macam tu..
bukan lyla xkenal dia,lyla kenal dia sangat..cuma lyla xsangka & xpercaya yg dia macam tu..
lagipun jarak antara kami memang jauh memisahkan..saya di KL,dia di Perlis..nak lepaskan org yg kita syg jauh2 memang menyiksakan..hanya Allah yg tahu betapa sedihnya bila ditinggalkan jauh2..berapa banyak airmata jatuh kerana takut jodoh xlama..berapa hari asyik termenung kerana takut hati berubah

Ya Allah, seksanya bila berjauhan..tapi Alhamdulillah setelah sekian lama berjauhan,hati tetap xberubah..cuma kadang2 dugaan satu persatu datang,banyak kali kami bergaduh kerana masalah kecil yg berpunca dr laman sesawang facebook..
sehari sebelum anniversary kami minggu lepas,lyla mulakan hari seperti biasa bangun untuk pergi kerja..
tapi hari tu pagi2 je dah kena nasib malang..
bangun pagi,bukak pintu bilik je abg dah membebel2 entah apa2..spoil gila mood pagi tu..
Masuk kerja,angin bos pulak yg xbaik..semua org kena marah termasuk lyla sekali..kena marah kerana silap buat kerja,bos xpaham pun yg kita ni masih baru kerja kt situ..time tu hati dah sebak gila,xsempat nak masuk toilet,airmata dah jatuh kt pipi.

Lepas tu lyla saje la online sekejap,macam biasa lyla hari2 memang akan stalk facebook dia..terkejut yang teramat bila ternampak some girl yg Default Picture dia setakat pakai bra post kt wall sidia..
post biasa2 ok lagi,sape xterkejut ayat yg dia post tu seolah2 org tgh bercinta.."cinta i love u" "don't leave me"
Mula2 lyla ingatkan member2 uitm dia yg saje gurau,so xnk la ambil hati sangat..lyla stalk facebook girl tu pulak,lyla tengok la sidia pun post kt wall girl tu sambil berkomen mesra seolah2 dah lama kenal..

Ok,time tu kalau ikutkan perasaan percaya lyla kt dia,lyla percaya dia x macam tu,maybe kawan2 dia sengaja kenakan dia..
Tapi dia bagi tahu dia xkenal pun girl tu,dia baru approve girl tu dr facebook..esok2 nya dia terkejut tengok wall post tu..
Yang ni la yg lyla marah sangat kt dia..tapi sampai sekarang,tak satu pun kata2 maaf yg lyla dengar dari dia..seolah2 lyla yg salah..lyla xpercaya dia..
Soalan lyla macam ni..,kalau dia tak kenal girl tu,kenapa dia approve juga girl tu jd friendlist facebook dia..kenapa dia nak juga approve girl tu,padahal dah terang2 DP dia tayang aset..yg tak boleh tahan nya,sidia boleh post kt wall girl tu lagi..

HELLO boys,girlfriend mana tak marah
Kalau korang pun kan,tiba2 lelaki dgn DP tak berbaju post kt wall gf korang..gf korang pun layan..so how do you think?? korang still senyum lagi ke depan letop tu??
Tipu la kalau ye...
Tapi orang diluar sana termasuk kawan2 dia,tetap salahkan aku kuat cemburu..come on beb
Kalau sebab cemburu je,tak kan sampai 2 tahun hubungan ni..dah lama kot bercerai berai..
Tapi aku ada pendapat sendiri yg org lain tak kan faham..oleh sebab tu lah lyla update blog ni,supaya korang tahu kenapa lyla marah dia sangat2..

Till now,lyla masih lagi menunggu kata2 maaf dari dia..tapi seolah2 menunggu kucing tumbuh tanduk,yang xkan tumbuh2..
Lyla bagi dia masa untuk sedar kesalahan dia..tapi tak..
baru je tengok profile dia "in a relationship to single"
Ok,dia x salah,lyla yg salah kot..tu pasal takde kata maaf pun dari dia..
kalau diikut kan,lyla pun boleh mulakan maaf untuk dia..tapi lyla taknak dia cop lyla ni kuat cemburu..
biar dia tahu kenapa lyla marah..bukan kerana cemburu..
Sape kata tak sayang ...
Sape kata tak rindu ..
bercampur baur perasaan ni..tapi tak sorg pun yang memahami...
Hopefully korang faham kenapa dan mengapa
Apa2 pun lyla tetap sayang dia..cuma sekarang biarlah bagi masa dan ruang untuk lyla bersendirian.

kalau jodoh panjang,insyaAllah kami bersama kembali..
tapi kalau sebaliknya,terima jelah dgn hati yg tabah dan pasrah :)

hmm..lyla nak ucap terima kasih sangat2 kepada yg menasihati dan masih lagi menyayanyi hubungan kami berdua..lyla sangat terharu rupa2 selama ni ada juga yg ambil berat tentang kami..doakan semoga masalah cepat selesai..Amin :))

#Aku sayang Kau

Monday, 28 May 2012

Tukar kerja lagi dan lagi

Assalammualaikum..

Selamat petang warga blogger..
petang tadi lyla dapat panggilan daripada Hong Leong Bank untuk mula bekerja di syarikat meraka 1 jun ni..
errr actually semalam lagi dah dorang call,tapi lyla off line fon sebab masih lagi keliru nak ambil x kerja tu..            
 why??  
bukan bertuah ke dapat kerja bank,lagi2 dengan orang yg belajar setakat SPM ni,pasal komputer pun eden xtahu..
kalau bab bukak facebook,blogger  tahu la.. hohoho bukan senang kot nk dapat..
hmm tapi kita ada alasan tersendiri,
1st kita tengah mintak kerja felda juga(goverment)
2nd.bank tu ada contract,takut2 je nanti dapat masuk je kerja bank tu,lepastu tiba2 felda pun panggil masuk kerja..acano??
 Tp disebabkan banyak bertanya dengan org yang berpengalman,maka lyla pun terima juga kerja bank tu. .
.Emm mesti korang tertanya2 kan macam mana  dapat kerja bank dengan senang..mula2 cerita dia macam ni,lyla dulu bekerja sebagai beauty consultant kat Etude House pavilion..kat situ lyla jumpa macam2 customer..
tiba2 hari bertuah hari tu,2 orang customer cina masuk..lyla serve la macam biasa macam mana lyla serve customer lain,
tiba2 je salah seorang pandang tepat ke muka ni sambil tatap mata ni dengan penuh bercahaya..ekekeke tu ayat dia..
sambil tu dia tanya,licin nye muka you ni.you kerja sini sudah lama ke??..
lyla pun tersenyum sambil tunjuk product yang dipakai,sebab bagi lyla itu perkara normal yg customer akan cakap dan peluang  untuk suggest product dari butik Etude ni..
lepastu dia pun mecelah dan tiba2 je tanya kerja kat sini ok x??gaji sebulan dapat brapa??
Opss soalan macam nak kerja kt Etude House la pulak..HAHAHAHAHA
macam2 yg je dia tanya,saya jawab la dengan jujur..
last sekali dia tanya 'you nak kerja dengan i x??'
saya tanya balik,'kerja apa??' kerja dekat bank..
time tu rasa nak lompat2 je sebab lyla memang dah bagi notis berhenti kerja kat Etude House..macam xsangka rezeki datang begitu cepat..Alhamdulillah..xsangka kesabaran aku selama ni ada hikmah..ngehehehe
masa kt Etude dulu..x make up pape pun,just skin care yg tempek kt muka
...bila manager cuti,itulah lyla..memang org yang xsuka make up 24 hour everyday (Y)


apa yang  x disukai kat Etude ni,manager dia..perhhhh!!! hari2 nak maki orang walaupun x salah apa2..entah apa dia dengki sangat pun x tahu la..mentang2 la lyla sorang je orang melayu kat butik tu..kalau bab mengutuk,memang dalam bahasa dia la..kita xpaham pn -__-
puas aku bersabar dengan dia..bila betul2 xtahan,apa lagi?? resign jelah..
kalau xresign,kemain jauh lagi dia nak transfer kat serdang..
hmmm..by the way,whats goes around come back around..sebab dengar cerita HQ selalu complain dia sebab asyik main handphone je :DDD *padan muka
she is my bestfriend at Etude House..and now i miss her so much :(

hope kerja selepas ni lagi better dari yang sebelum ni :))) wish me luck..tq


Sunday, 27 May 2012

i'm a new here

hye all blogger..!! sy laila..sy baru lagi disini..dulu sy pernah buat blog. .oleh disebabkan terlalu banyak makan semut,segala email dgn password sy lupa then terus xboleh buka lagi dah -_-" ..ok,lupakan yg lalu,kita mulakan yg baru :)
it's me laila,and my nickname lyla

selamat berkenalan semua (Y)